Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine sambil memperaga 'The Malaya' oleh Rizman Ruzaini ketika Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai.

Semasa Perarakan Negara-Negara berlayar mengelilingi Sungai Seine di Paris, Kontinjen Malaysia diwakili oleh enam atlet dan empat pegawai di majlis perasmian Sukan Olimpik Paris 2024, berpakaian berwarna keemasan, hasil rekaan Rizman Ruzaini yang menonjolkan warisan dan kebanggaan budaya negara.

Diketuai oleh dua pembawa bendera, Bertrand Rhodict Lises (terjun) dan Nur Shazrin Mohamad Latif (pelayaran), kontinjen Malaysia memancarkan keanggunan dan keyakinan ketika melintasi 6 kilometer Sungai Seine.

Pemandangan indah dan monumen bersejarah Paris menjadi latar belakang buat Nur Dhabitah Sabri (terjun), Khairulnizam Mohd Afendy (Pelayaran), Ashley Lau (Golf) dan Tan Rouxin (Renang), yang merupakan ahli termuda daripada 26 atlet Kontinjen, menjadi antara yang bakal memakai busana 'The Malaya'.

Mengiringi Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Chef de Mission menaiki bot ialah Timbalan Chef de Mission, Datuk Nicol Ann David, Ketua Pegawai Perubatan Dr Jasmiza Khuzairi Jasme
dan pegawai keselamatan Ang Li Peng.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Y.B Adam Adli Abdul Halim, Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Mohamad Norza Zakaria selaku Presiden MOM dan Dato’ Mohd Nazifuddin selaku setiausaha agung MOM.

Imej: Majlis Olimpik Malaysia (MOM)