Ketua jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic, percaya Lubnan sudah membuat persiapan rapi menjelang aksi final Pestabola Merdeka berdepan tuan rumah, Malaysia esok.

Lubnan melangkah ke perlawanan penentuan bertemu Malaysia selepas menewaskan juara bertahan, Tajikistan, 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung Rabu lalu.

Menyedari Lubnan memiliki dua kemenangan berturut-turut ke atas Malaysia berdepan pertemuan terdahulu, Radulovic optimis pasukannya sudah bersedia untuk sekali lagi berdepan Malaysia.

"Terdapat beberapa pemain naturalisasi yang memiliki kelebihan fizikal. Kualiti individu pemain yang berkualiti. Namun saya percaya Lubnan sudah bersedia untuk perlawanan kali ini.

"Kami telah memenangi dua perlawanan dalam pertemuan terdahulu. Namun kini Malaysia telah mempamerkan perkembangan dan ia terbukti menerusi perlawanan berdepan Filipina.

"Ia akan menjadi pengalaman yang bagus buat pasukan berdepan lawan yang berkualiti seperti Malaysia.

Ditanya mengenai kualiti pasukan Harimau Malaysia, penyerang Lubnan, Gabriel Bitar, berkata, "Saya menjangkakan lebih ramai penyokong bola sepak akan hadir untuk ke stadium berbanding perlawanan kami bertemu Tajikistan.

"Saya banyak memperoleh maklumat mengenai pasukan dan pemain Malaysia menerusi bekas pemain yang pernah berada di bawah bimbingan saya.

"Malaysia memiliki pemain yang berkemahiran daripada segi teknikal, namun jika kami bermain sebagai satu pasukan, saya percaya mereka tidak akan mampu menembusi gawang kami."