Menjelang aksi final Pestabola Merdeka antara Malaysia dan Lubnan pada Ahad ini, bekas penjaga gol negara Azmin Azram Abdul Aziz beri peringatan kepada barisan pemain Harimau Malaya agar waspada dengan situasi bola mati Lubnan yang turut dianggap miliki kelebihan fizikal.

Ini berdasarkan pengalamannya bertemu negara Asia Barat itu sewaktu bertindak sebagai jurulatih penjaga gol skuad negara di bawah bimbingan Nelo Vingada pada 2017 dan Tan Cheng Hoe pada 2018.

'Saya rasa kagum dengan persembahan Feroz Baharudin dan juga Dion Cools yang berganding bersama di tengah.

"Di samping Daniel Ting dan juga Matthew Davies tiada masalah cuma perlu ambil perhatian dengan situasi bola mati Lubnan. Itu kita perlu lebih fokus dari segi pertahanan, sepakan penjuru dan sepakan percuma.

'Kita perlu lebih fokus dan lebih agresif untuk lakukan serangan.

Azmin yang juga bekas penjaga gol nombor satu negara memilih pemain tengah Selangor, Nooa Laine sebagai pengganti terbaik untuk mengisi kekosongan Afiq Fazail yang ditimpa kecederaan.

'Setakat yang saya tengok memang Nooa Laine sesuai, dia bersama dengan Syamer Kutty Abba di tengah, Endrick pun boleh bagi saya tiada masalah Nooa Laine nak bergandingan dengan sesiapa pun.