Kem wanita kebangsaan negara menjadi mangsa belasahan skuad Thailand apabila tewas 1-4 pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) pada aksi kedua Kumpulan Y hari ini.

Goh Jin Wei terpaksa akur apabila tewas straight set kepada perseorangan wanita Thailand, Supanida Katethong 13-21 24-26.

Sejurus selepas itu, giliran Pearly Tan-M. Thinaah pula yang dipaksa berhempas pulas sebelum tunduk dalam aksi rubber set 22-20 15-21 21-19 kepada gandingan cantik jelita, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.

K. Letshanaa pula tunduk di tangan Busanan Ongbamrungphan apabila tewas straight set 17-21 18-21 diikuti gandingan Tan Zhing Yi dan Teoh Mei Xing turut dikecewakan Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard juga dalam straight set 17-21 18-21.

Pada aksi terakhir, Wong Ling Ching menceriakan sedikit kem wanita negara dengan mata saguhati menuju aksi yang berlarutan dengan kemenangan rubber set 21-19 15-21 21-16.