Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri digugurkan daripada Program Road to Gold (RTG) 2024 berikutan kegagalan mereka untuk layak ke Sukan Olimpik Paris.

Nasib mereka sebenarnya sudah diduga ketika Penyelaras Jawatankuasa RTG 2024, Datuk Stuart Ramalingam, mengumumkan berita itu di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.



"Dengan kriteria sedia ada dalam RTG, dengan itu keputusan terpaksa diambil untuk mengeluarkan kedua-dua penerjun ini," katanya.

Dalam masa sama, Bertrand Rhodict Lises yang menjadi wakil tunggal daripada kem terjun tersenarai.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata ia tidak bermakna mereka akan berpeluk tubuhnya sahaja dengan dilema sukan terjun ketika ini apabila mengesahkan tranformasinya termasuk renang yang akan diumumkan Persekutuan Renang Malaysia sendiri.

Timbalan Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin, menjelaskan empat pusat latihan di peringkat negeri akan diberikan tumpuan selain penambahan jurulatih kepada lapan orang berbanding enam ketika ini.

"Kami akan berikan bantuan luar negara dan tempatan.

"Ia melibatkan peringkat yang menyeluruh, negeri dan kebangsaan," katanya.