Ini juga setelah Hoe Yean mengorbankan aksi final 4x100 meter gaya bebas demi acara 400 meter gaya bebas yang berlangsung Pusat Akuatik Sukan Olimpik Hangzhou.
Dalam perlumbaan akhir, Hoe Yean menduduki tempat keempat dengan catatan masa 3 minit 49.47 saat sekali gus turut kempunan akhiri kemarau 21 tahun.

Kali terakhir, Malaysia memenangi pingat dalam sukan renang di Sukan Asia adalah pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan menerusi Alex Lim Keng Liat.
"Saya telah melakukan yang terbaik dalam perlumbaan ini, namun ia tidak cukup pantas untuk mendapatkan pingat gangsa untuk Malaysia," kata Hoe Yean menerusi Nadi Arena.
"Saya betul mengharapkan untuk melakukan aksi yang lebih baik namun saya telah cuba yang terbaik untuk memastikan pingat buat Malaysia."