Bekas penyerang hoki kebangsaan, Muhammad Haziq Shamsul, 30, akhirnya menamatkan zaman bujangnya secara rasmi hari ini dengan memilih pasanganya yang dikenali sebagai Boss Dina.

Bukan itu sahaja, klip montage sempena majlis perkahwinan yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial agak menarik dan unik dengan secara ringkas menceritakan sebahagian perjalanan hidup dan percintaan mereka sebelum ke jinjang pelamin.

A post shared by BOTTOL GARAGE EMPIRE (@bottol_garage)



Ungkapan tahniah selain doa memenuhi ruangan komen oleh semua rakan taulan selain neitzen yang tidak mahu ketinggalan untuk turut sama meraikan momen bahagia mereka dalam menempuh gerbang perkahwinan.

Warga Stadium Astro juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengatin baru buat Haziq dan Boss Dina dengan segala doa kebaikan buat kalian berdua.

Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a baynakuma fii khair!