Sejurus selepas mengetahui Malaysia diundi dalam Kumpulan B yang menempatkan tiga pasukan gergasi dunia seperti Argentina, Jerman dan juga Iran di Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025.

Ketua jurulatih hoki dalam dewan negara, Mohd Rodhanizam Mat Radzi, menganggap ia cabaran yang sangat besar, lebih-lebih lagi dengan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) meletakkan sasaran podium dalam penampilan pertama.

"Walaupun ia nampak sukar sebab ia kemunculan pertama, tapi kami tidak mahu masuk Piala Dunia sekadar bertanding sahaja," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.


Dalam pada itu, Rodhanizam sendiri menyifatkan pasukannya mendapat tonik persiapan terbaik apabila sah mendapat gelanggang latihan sendiri di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, hasil perjanjian KHM bersama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

"Ia banyak membantu kami daripada segi persediaan. Sebelum ini kami perlu sewa di tempat awam, kami tidak boleh ikut jadual seperti yang dimahukan," katanya.