Pemain beregu negara, Aaron Chia, dilihat menerima balutan di tangan kanannya sebelum memulakan sesi latihan di Axiata Arena menjelang Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025, esok.

Mengikut wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, yang berada di lokasi latihan berkongsikan momen ketika tangan pemain berusia 27 tahun itu sedang menerima balutan sebelum giat berlatih bersama beregunya, Soh Wooi Yik, - dalam sesi uji gelanggang perlawanan- sparring berdepan empat pemain muda termasuk Aaron Tai.






Dalam pada itu, Kenneth Jonassen, berharap penyokong badminton negara dapat memberikan masa dengan dia memahami jangkaan besar pada dirinya selepas mengisi kerusi panas sebagai ketua jurulatih perseorangan negara.









"Saya memahami jangkaan untuk kami beraksi dengan baik di laman sendiri, tetapi ia adalah perjalanan yang panjang, musim baru bermula." katanya.

Laporan penuh di Astro Arena jam 7.30 malam ini.