Menurutnya, venue tersebut sudah wujud sejak 1998 dan baru kini mengalami masalah kebocoran.
Katanya, pada tahun 2024 proses penambahbaikkan telah dimulakan sejak bulan April lalu.
Iliyas menambah, pihak PSM sedang berusaha untuk memastikan masalah ini tidak berulang, dan kerja-kerja baik pulih akan diteruskan dengan sebaik mungkin.
Iliyas juga memberikan jaminan bahawa keadaan gelanggang akan diperbaiki untuk memastikan baki hari kejohanan dapat berlangsung tanpa sebarang masalah.
Kes bumbung Axiata Arena bocor-- Ini maklum balas CEO PSM, Iliyas Jamil.
— Faizal Bazari (@faizalbazario) January 7, 2025
Laporan penuh Nadi Arena mlm ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/jVU8Bj8NHM