Olimpian negara, Koo Kien Keat, mengharapkan agar pasangan beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, tidak meletakkan tekanan yang terlalu tinggi kerana hadir di pentas Olimpik Paris sebagai pasangan 'under dog".

Dia menegaskan bahawa penting bagi pasangan itu fokus kepada corak permainan yang konsisten dan tidak mustahil Tang Jie dan Ee Wei mampu melakar kejutan di sukan paling berprestij itu nanti.




Begitupun, dia berharap pasangan bergeu itu mampu memperbaiki kematangan ketika beraksi di dalam gelanggang memandangkan perkara itu mampu menjadi kelemahan ketika beraksi nanti.

"Saya rasa mereka beregu campuran kegemaran saya tetapi cuma kematangan mereka yang tidak begitu stabil. Mereka boleh bermain dengan bagus dan juga boleh tewas kepada lawan yang mereka tidak pernah tewas.

"Saya harap mereka dapat satu pemikiran yang stabil kerana mereka 'under dog' yang kita boleh harapkan dalam kategori beregu campuran.

"Mereka mempunyai kelajuan dan kemahiran serta fizikal semua lengkap cuma kestabilan ketika berada dalam gelanggang sahaja yang perlu diperbaiki." katanya kepada Nadi Arena.