Bekas beregu nombor satu negara, Tan Boon Heong, berharap pemain badminton masa kini tidak akan cepat lupa diri dan belajar dengan kesilapan yang telah dilalui.
Berganding bersama Koo Kien Keat menyaksikan pasangan itu berjaya mencapai kejayaan muncul juara Kejohanan Seluruh England sambil menamatkan penantian 13 tahun negara untuk melangkah ke final Kejohanan Dunia pada 2010 di Paris, Perancis.
Namun, walaupun menghargai tempoh bergandingan dengan Kien Keat, Boon Heong mengakui mereka pernah lupa diri sehingga mengabaikan aspek disiplin termasuk ketika menerima sentuhan jurulatih dari Indonesia, Rexy Mainaky.
"Luar gelanggang kami sekadar kawan biasa tetapi saya sentiasa menghormati Kien Keat walaupun kadangkala ada bertengkar mengenai corak permainan masing-masing," ujar Boon Heong.
"Rexy seorang jurulatih yang bagus dan membentuk disiplin pemain. Cuma, ketika muda, kami lebih pentingkan populariti sehingga mengganggu disiplin," tambah Boon Heong.
"Sewaktu kami menduduki ranking pertama, kami tidak mendengar nasihat dan ia merupakan kesilapan kami. Apabila bergelar jurulatih, disiplin adalah perkara penting."
Dalam masa sama, Boon Heong tidak menolak akan bergelar jurulatih negara satu hari nanti dan nada sama disuarakan Kien Keat.
Namun, bekas pemain berusia 34 tahun itu berharap dia dapat kembali menyertai kem negara dalam keadaan sudah memiliki kewangan yang kukuh bagi mengelakkan sebarang isu.
"Saya rasa kebanyakan pemain beregu lelaki, bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara luar seperti China atau Indonesia, mereka bukan kawan yang baik. Mereka berkawan biasa," kata Kien Keat.
"Sewaktu berusia sekitar 18 atau 19 tahun, kami sentiasa menantikan peluang untuk bergelar pemain senior. Ia menjadi motivasi kami untuk meraih kejayaan bagi membantu senior mencapai apa diimpikan.
"Kepuasan sewaktu menjadi jurulatih adalah sama dengan pemain. Apabila pemain menang, jurulatih juga nikmati kemenangan.
"Kalau satu hari nanti dipanggil oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), saya harap kewangan saya ampuh pada waktu itu kerana saya tidak mahu wang atau gaji menjadi sebab utama ke sana."
Nafis Abdullah
Mon May 25 2020
Saya tidak berniat jadi jurulatih -- Tan Boon Heong nafi 'dirisik' BAM
Bekas pemain beregu lelaki negara, Tan Boon Heong, menafikan dia dirisik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menggantikan bekas jurulatih bahagian beregu lelaki negara, Tan Bin Shen.
Badminton Terbuka Malaysia: Boon Heong percaya Malaysia ada peluang rangkul gelaran
Misi menggunung menanti 13 wakil negara yang akan menghadapi cabaran menamatkan kemarau Malaysia dalam saingan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024, lebih-lebih lagi dalam kategori beregu lelaki.
Tan Boon Heong teruja diterima dalam bidang lakonan
Bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia, Tan Boon Heong, teruja dengan sambutan peminatnya selepas mula menceburkan diri dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
Boon Heong: Kami pernah lupa diri
Bekas beregu nombor satu negara, Tan Boon Heong, berharap pemain badminton masa kini tidak akan cepat lupa diri dan belajar dengan kesilapan yang telah dilalui.
Kien Keat dilantik sebagai Pengarah Prestasi Tinggi Badminton Asia
Bekas pemain beregu negara, Koo Kien Keat, dilantik menjadi Pengarah Prestasi Tinggi Badminton Asia bagi meningkatkan lagi pembangunan badminton di rantau ini.
Borthwick: George disappointed to lose captaincy to Itoje for Six Nations
Itoje replaces George as captain
Australian Open: Ruud's major wait continues after Mensik defeat
Mensik beats Ruud in Melbourne
Daigneault lauds Wallace progress after returning to form in Sixers win
Daigneault lauds Wallace response
Klopp: I'll throw a party if Man City lose their Premier League titles
Klopp: Party if City lose titles
Australian Open: Gauff battles past Burrage
Gauff overcomes Burrage test
Australian Open: Osaka relishing 'Titan' encounters in Melbourne
Osaka relishing 'Titan' clashes
Australian Open: Djokovic 'blessed' to set grand slam record
Djokovic delighted with major feat
Draw specialists Juventus being held back by stalemates, says Motta
Motta: Draws holding Juventus back
Guardiola: Man City absences played their part in Brentford capitulation
Guardiola rues missing players
Glasner fears Palace could lose Chalobah amid Chelsea recall rumours
Preview: Leicester v Palace