Johor Darul Ta'zim (JDT) terus meluaskan kuasanya dan kali ini membaham Shah Alam City untuk terus gah di puncak carta Divisyen 1 Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL).

Tiga gol diledakkan dalam tempoh kurang 10 minit permainan di KSN Panasonic, secara tidak langsung meletakkan JDT di kedudukan selesa.

Namun, mereka terpaksa menunggu tiga minit sebelum wisel penamat untuk menambah jaringan keempat sebelum gol sagu hati tuan rumah yang disumbangkan Isaias Figueirido.

"Hari ini anak buah saya beraksi dengan cukup sempurna daripada bertahan, menyerang dan bola pegun termasuk asakan.

"Kami hanya gagal menang sekali sahaja setakat ini selepas tiga perlawanan.

"Kami mahu terus perbaiki aspek serangan dan bola mati," kata ketua jurulatih JDT, Juan Antonio Miguel Garcia.