Susulan kekalahan 0-3 bertemu Vietnam dalam perlawanan futsal jemputan tertutup di Ho Chi Minh sabtu lalu, pemain kebangsaan, Khairul Effendy Bahrin, atau mesra disapa Ayon, mempercayai bahawa tahap persiapan yang pendek menjadi punca kepada kekalahan itu.

Selepas direhatkan selama satu tahun, Ayon mengakui, teruja kembali bersama pasukan negara dan tidak mahu mensia-siakan peluang selain melihat perkembangan positif bersama pasukan.

"Pasukan Vietnam mempunyai kelebihan kerana sudah membuat persiapan yang lama.

"Sebelum kami bergerak ke sana, kami hanya mempunyai empat hari sahaja untuk membuat persiapan," kata Ayon.

Dalam pada itu, Kejohanan Futsal ASEAN 2024 di Thailand, yang di jadualkan bermula 11 hingga 19 Mei, berkemungkinan akan ditunda ke satu tarikh baru sekitar Oktober dan November.