Skuad futsal negara kembali menumpaskan pasukan Vietnam 3-1 dalam satu perlawanan yang berlangsung secara tertutup semalam selepas tewas 0-3 dalam perlawanan persahabatan pertama sebelum ini.

Kemenangan itu adalah hasil jaringan daripada Danial Dain, Awalluddin Mat Nawi dan Khairul Effendy Bahrin.




Pertandingan jemputan itu merupakan perlawanan terakhir buat kem futsal negara yang akan pulang hari ini serta dalam persiapan sebelum menjelang Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 pada Mei nanti.

Ikuti Saluran Whatsapp Astro Arena di sini