Pertembungan kali keempat itu memihak kepada pemain yang berada di ranking ke-31 itu apabila mencatatkan kemenangan ketiga sepanjang sejarah mereka bertemu.
Pemain berusia 25 tahun itu memerlukan 25 minit untuk mendahului di set pertama sambil diekori rapat 19-16 seterusnya berhasil memenangi perlawanan pertama dengan kedudukan 21-17.
Memasuki set kedua, pilihan kedua kejohanan menemui rentak kebangkitan menerusi kedudukan 8-5 dengan harapan mahu menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.
RESULTS: #KumamotoMasters2024
— BAM (@BA_Malaysia) November 15, 2024
QF#MAS?? Leong Jun Hao def. #JPN?? Kodai Naraoka 2️⃣ 21-17 9-21 21-16
⏱️ 1h 20m#GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/iIS2bRfEF8
Wakil tuan rumah terus mengutip mata demi mata sambil memimpin aksi kedua itu sehingga 18-8 yang kemudiannya menutup set kedua dengan mudah 21-9 untuk mengheret Jun Hao ke set penentuan.
Persaingan sengit berlaku di mana kedua-dua pemain saling merapatkan jurang mata 8-8 di set ketiga.
Kelebihan seakan menyebelahi wakil negara tatkala berada di depan 15-12, sekali gus menyukarkan lawan dari Jepun itu untuk bangkit kali kedua.
Jun Hao akhirnya berjaya menoktahkan kemenangan 21-16 di set terakhir selepas hampir bertempur selama 68 minit.
Selepas ini, wakil tunggal negara itu akan bertemu Jonatan Christie bagi perebutan ke perlawanan akhir kejohanan bertaraf 500 itu, esok.