Skuad yang menikmati kemanisan terakhir dalam mengecapi kejayaan menjuarai Piala Thomas, Cheah Soon Kit, serta bekas beregu negara, Datuk Razif Sidek mengharapkan perubahan angin daripada air tangan jurulatih Asia kepada tenaga Eropah bakal membuahkan hasil.

Dia mengharapkan berlakunya perubahan dalam arena badminton kebangsaan terutama dalam kategori perseorangan lelaki dan wanita.

Kenneth Jonassen dilihat merupakan antara sasaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam memberi nafas baharu kepada menjelmakan kegemilangan skuad badminton negara.





"Mungkin dia boleh memberikan nilai pengetahuan dia kepada pemain-pemain negara, kerana sebelum ini pemain yang kita ada dari segi latihan dan program dengan mentaliti ASEAN.

"Mungkin mentaliti jurulatih daripada Eropah mempunyai lebih daripada apa yang kita pelajari sebelum ini," Kata Cheah Soon Kit.

Dia lihat memiliki magis dalam melahirkan pemain bertaraf dunia seperti Anders Antonsen dan Viktor Axelsen sekali gus melahirkan 'Datuk Lee Chong Wei' yang seterusnya.





"Memang kita tidak tahu sama ada dia sesuai mahupun tidak, tetapi pengalaman dia sebagai seorang jurulatih daripada Denmark jadi kita perlu mencuba terlebih dahulu.

"Daripada pencapaian dia dan latihan serta modul, kita akan lihat sejauh mana kemampuan dia jika BAM bersungguh-sungguh (mahukan khidmatnya) dalam melahirkan pemain badminton bertaraf dunia." tambah Datuk Razif Sidek.