Lee Zii Jia terkandas dalam pusingan pembukaan China Masters apabila bergelut untuk mempamerkan prestasi meyakinkan menuju Pusingan Akhir Jelajah Dunia (BWF) bulan depan.

Dia hanya satu lagi kejohanan untuk mengintai kempen di Hangzhou itu selepas tunduk kepada Lakshya Sen 14-21, 21-13, 13-21 dalam tempoh 57 minit.

Zii Jia, yang menewaskan Sen untuk memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Paris pada Ogos lalu, gagal menandingi kualiti pukulan dan rentak pencabar dari India itu di Shenzhen, sebentar tadi.

Ia adalah tamparan yang mengecewakan bagi pemain nombor enam dunia dan ranking jelajah WTF itu yang memasang hajat untuk mempamerkan persembahan cemerlang menjelang kempen Pusingan Akhir Jelajah Dunia di China itu.