Pemain pilihan ketiga kejohanan, Akane Yamaguchi, ditunjukkan jalan keluar oleh pemain kelahiran Denmark, Mia Blichfeldt dalam Masters China di Shenzhen, sebentar tadi.

Set pertama tampak positif buat Yamaguchi selepas unggul dengan kemenangan 21-14. Di set kedua, Mia Blichfeldt seperti menemui rentaknya selepas kutip mata demi mata.

Pemain Denmark itu tidak menunggu lama untuk mengakhiri set kedua 21-17. Di set penentuan, Akane Yamaguchi gagal bangkit untuk mencetak kemenangan. Sebaliknya, Mia terus beraksi cemerlang dan memenangi perlawanan dengan skor 21-17.



Mia Blichfeldt bakal bertemu rakan senegara Yamaguchi, Tomoka Miyazaki di pusingan 16 kejohanan bertaraf super 750 itu.