Perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, mengakui masih tercari-cari rentak sebenarnya selepas langkahnya dinafikan seawal pusingan pertama Masters China di Shenzhen, sebentar tadi.

Dia akur bergelut untuk mengimbangi permainan pencabarnya dari India, Lakhsya Sen, di sebalik tentangan yang dijelmakan hingga mengheret permainan kepada tiga set, 14-21, 21-13, 13-21.

"Lakshya bermain dengan sangat baik. Kepantasan saya masih belum cukup.



"Saya berbesar hati dengan sokongan diberikan penonton tetapi malangnya saya gagal mengesahkan kemenangan," katanya.

Bagi Lakhsya Sen pula, "Tidak banyak tekanan ditanggung kami pada hari ini.

"Kami bermain secara bebas.

"Bagi saya, ini adalah satu kejayaan membalas dendam kekalahan dalam Olimpik Paris."