Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekadar memerlukan 39 minit untuk menumbangkan gandingan muda Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin, dalam saingan hari pertama Masters China di Shenzhen, sebentar tadi.

Pilihan kelima kejohanan itu mahu mara sejauh mungkin demi meraih slot ranking lapan terbaik dalam kategori beregu lelaki untuk ke Final Jelajah Dunia BWF, bulan depan.

Dalam masa sama, pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menempuh jalan berliku seawal pusingan 32 menewaskan wakil dari Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan, dengan mengungguli saingan rubber set 21-23, 21-9, 21-12, di gelanggang kedua.



Sementara itu, perseorangan wanita tunggal kebangsaan, Goh Jin Wei, gagal memenuhi hasrat ke peringkat seterusnya apabila pemain di ranking ke-22 dunia, Michelle Li, mudah menyingkirkannya dalam aksi straight set 18-21, 16-21.