Respon jurulatih BAM, Rexy Mainaky & Tan Bin Shen terhadap pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei dalam aksi pertama pemain itu di Sukan Olimpik Paris menyentuh hati para peminat badminton negara.

Goh Jin Wei, mencatat kemenangan 'straight set' 23-21, 21-11 ketika menentang pemain perseorangan wanita dari Afrika Selatan, Scholtz Johanita di Port de la Chapelle, semalam.

Apa yang menarik, kemenangan tersebut merupakan kenangan manis yang pastinya tidak dapat beliau lupakan kerana ini adalah penampilan pertamanya di temasya terbesar dunia itu. Perjalanan yang berliku dihadapi beliau untuk sampai ke Sukan Olimpik, termasuklah terpaksa bergerak sendirian tanpa ditemani jurulatihnya, Nova Armada.

Namun, beliau tidak keseorangan apabila BAM berjanji untuk menjaga kebajikannya sepanjang Sukan Olimpik Paris 2024, termasuklah bantuan jurulatih dan kepakaran daripada BAM.

Sejurus selepas perlawanan semalam, reaksi Goh Jin Wei yang meluru ke bangku jurulatih Rexy Mainaky & Tan Bin Shen untuk bersalaman menyentuh hati para peminat di Malaysia. Hal ini kerana sifat keprihatinan barisan jurulatih dari BAM yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada beliau tatkala ketiadaan coach Nova Armada di sisi.
@arszliey Well done WeiWei. #Olympic2024 #BadmintonMalaysia?? ♬ original sound - Azrijiwang98

Selamat maju jaya Goh Jin Wei untuk perlawanan yang seterusnya!