Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, mengharapkan pemain mampu menunjukkan prestasi terbaik mereka walaupun beberapa pemain berdepan tempoh singkat dalam menghadapi Jelajah Eropah memandangkan Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) yang baru sahaja tamat, 18 Februari lalu.

"Dengan baki persiapan dua minggu, buat masa ini semua pemain dalam keadaan bagus dan hanya perlu kekalkan kecergasan," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Juara Terbuka Perancis 2022, M. Thinaah, enggan memikirkan rekod pertemuan bertemu beregu China dari China, Zhang Shu Xia-Zheng Yu, yang berpihak kepada pasangan berada itu, sebaliknya ingin kembali merebut gelaran dalam kejohanan kali ini.




"Kami hanya mahu fokus pada perlawanan akan datang dan melupakan keputusan sebelum ini. Segalanya berjalan dengan lancar buat saya dan Pearly," katanya.

Pakar psikologi baru, Frederick Tan, sudah pun memulakan langkah pertama untuk bertemu empat mata bersama pemain dan juga barisan jurulatih untuk memastikan mental mereka dalam menghadapi kejohanan penting di landasan yang baik.