Penganalisis sukan, Zakaria Rahim, menjelaskan isu bendera negara, Jalur Gemilang, yang dipakai secara terbalik pada jersi atlet merupakan isu berat kerana melibatkan sentimen negara.

Sebelum ini, jersi kedua yang dipakai pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, ketika aksi pertama Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF mencetuskan tanda tanya.

Wakil negara itu akan meneruskan saingan hari ketiga peringkat kumpulan A berdepan wakil tuamn rumah, Li She Feng, sebentar lagi.

"Saya tidak pasti ia sengaja atau tidak, namun ini kesilapan profesional yang sangat berat kerana libatkan sentimen rakyat negara ini.

"Walaupun jenama itu adalah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Taiwan, namun mereka difahamkan mempunyai syarikat pengendali produk di Subang Jaya. Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

"Pun begitu, Team LZJ juga perlu bertanggungjawab atas kesilapan ini dan atas kegagalan memeriksa serta menyemak sebelum membawanya ke Hangzhou,” katanya kepada kepada sebuah media tempatan.