Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Kumpulan B selepas menumbangkan lawan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, dalam aksi dalam straight set 21-17,21-18 saingan peringkat kumpulan Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, sebentar tadi.

Wakil negara di ranking kelapan dunia itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dalam set pertama dengan beberapa kesilapan mudah dilakukan pasukan lawan memastikan Tang Jie-Ee Wei menang 21-17.






Lawan dari Jepun itu cuba bangkit dalam set kedua untuk membuat perhitungan dalam set penentuan, tetapi ketenangan wakil negara dengan gelaran 'Little Gangster' itu menyukarkan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito untuk muncul juara Kumpulan A dalam aksi yang berlangsung selama 41 minit itu.

Dalam pada itu, satu lagi wakil profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, sedang membuat perhitungan berdepan wakil Indonesia dengan misi untuk mara ke pusingan separuh akhir.

Tang Jie-Ee Wei melakar rekod kemenangan bersih selepas menewaskan rakan senegara, lawan dari Indonesia dan Jepun dalam saingan peringkat Kumpulan A.