Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pelantikan Herry Iman Pierngadi yang akan mula berkhidmat sebagai ketua jurulatih beregu lelaki kebangsaan, awal bulan depan.

Herry, 62, memiliki reputasi pernah menggilap bakat Candra Wijaya-Tony Gunawan untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik Sydney 2000 dan Hendra Setiawan-Markis Kido dalam edisi Beijing 2008.

BAM telah meneliti enam calon termasuk bekas pemain negara, Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat, bagi menggantikan jawatan yang dikosongkan Tan Bin Shen itu.