Kata orang, kail panjang sejengkal jangan berangan nak mancing laut nanti kau dapat lumut!
Finland balas - alang-alang menyeluk pekasam, biar jer lah - inikan sejarah!
Ini nak cerita apa ni? Rileks, nak review kekalahan Finland la ni. Tapi sebelum tu kita kena tau situasi Finland. Ini penampilan pertama, tak ada pengalaman dan tak biasa keluar terowong pemain di Piala Dunia mahupun Kejohanan Eropah (Euro).
Masa Finland layak pun sambutan macam menang dah piala. Bayangkan masa tahun 2017 Finland pernah duduk ranking 110 FIFA tapi tak sampai 3 tahun naik ranking 58!
Kalaulah Malaysia macam tu. Eh! lari tajuk pulak.
Jadi diaorang tak peduli pun kalau tersingkir awal sekalipun, biarlah apa orang nak kata. Masa menang dengan Denmark 1- 0, perlawanan pembukaan, memang ramai yang puji melambung.
Walaupun Denmark masa tu tak main sungguh-sungguh sebab kes Cristian Eriksson pengsan! Tapi Denmark kot – Pasukan Bangsawan.
Jadi masa lawan Russia ni harapan memang menggunung, sebab kalau menang memang sejarah lah, mara ke pusingan 16 terbaik. 1st eleven Finland memang yang terbaik dipertaruhkan pengendali Markku Kanerva.
Joel Pohjanpalo, penyerang Finland yang beraksi dengan kelab Jerman, Union Berlin buat penyokong lantang Rusia terdiam seketika, at least dalam tempoh 10 minit.
Tandukan terbang Pohjanpalo memang padu, terkedu jugak saya masa menonton secara langsung di Astro Supersport. Tapi sayang, lepas dah `celebrate` bagai nak rak, VAR sahkan Pohjanpalo ‘off side’.
Tak adil betul, sebab sikit jer kepala Pohjanpalo melepasi pemain terakhir Rusia. Kecewa!
Tu jer lah percubaan terbaik Finland, rasanya kecewa kot dengan VAR yang meragut peluang. Tapi tabik pada penjaga gol Finland, Lukas Hradecky. Banyak percubaan tepat Rusia ditepisnya, termasuk dengan hanya sebelah tangan. Bravo!
Tetapi bocornya Hradecky di masa kecederaan separuh masa pertama dek kerana kebijaksaan Aleksei Miranchuk - menghampakan saya yang memang nak Finland cipta sejarah!
Memang 1 kerugian yang sangat besar, kerana menanti di perlawanan ke 3 ialah pasukan terbaik dunia Belgium!
Tapi kan alang-alang menyeluk pekasam, biar jer lah . Apa nak jadi jadilah, biarlah Belgium yang datang sekalipun. Finland memang dah pun ukir sejarah.
Kaikki Parhaat FInland!
Akbar Sahari
Thu Jun 17 2021
Kelayakan Piala Dunia: Deschamps puji gandingan Mbappe-Benzema
Didier Deschamps memuji gandingan Karim Benzema dan Kylian Mbappe selepas Perancis menamatkan kempen kelayakan Piala Dunia mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Finland.
Eriksen kembali ke Inter buat pertama kali sejak alami serangan jantung
Christian Eriksen telah kembali ke tempat latihan Inter untuk pertama kalinya sejak serangan jantungnya dalam saingan Euro 2020 ketika perlawanan pembukaan Denmark menentang Finland.
Tokyo 2020: Singkir wakil Finland, China, Khairul mara ke pusingan 16
Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad, melakar kebangkitan untuk meneruskan kemaraan dalam acara recurve Sukan Olimpik Tokyo ke atas wakil Finland, Antti Vikström, sebentar tadi.
Euro 2020: Martinez mahu Hazard tingkatkan prestasi
Eden Hazard berasa kuat dan gembira menurut ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez, yang mendesak penyerang Real Madrid untuk terus meningkatkan prestasi dalam kemenangan 2-0 ke atas Finland.
Euro 2020: Lukaku pastikan Belgium rajai Kumpulan B
Belgium merajai Kumpulan B, Euro 2020 selepas Romelu Lukaku memastikan kemenangan 2-0 ke atas Finland -- yang berpeluang tipis untuk layak ke pusingan 16 selaku pasukan di tangga ketiga terbaik -- awal pagi tadi.
Finland nak gapai bintang, lantak dialah!
Kata orang, kail panjang sejengkal jangan berangan nak mancing laut nanti kau dapat lumut!
Euro 2020: Miranchuk tidak gusar Russia terlepas peluang ketika benam Finland
Penjaring gol kemenangan Russia, Aleksey Miranchuk, tidak gusar dengan keadaan pasukannya yang melepaskan banyak peluang ketika menewaskan Finland 1-0 dalam Euro 2020 malam tadi.
Euro 2020: Kemenangan Russia buat Kumpulan B kembali seimbang
Russia kembali menyalakan harapan mereka untuk mara ke peringkat kalah mati Euro 2020 apabila meraih kemenangan 1-0 ke atas Finland di Saint Petersburg, sebentar tadi.
Euro 2020: Eriksen muat naik gambar di media sosial
Christian Eriksen berkata dia berasa 'baik' selepas pegawai perubatan menyelamatkan nyawanya ketika rebah dalam perlawanan Denmark bertemu Finland bagi saingan Euro 2020.
Euro 2020: Mourinho berdoa, menangis selepas lihat Eriksen rebah
Jose Mourinho mendedahkan bahawa dia "berdoa" dan "menangis" sebaik melihat Christian Eriksen rebah ketika mewakili Denmark menentang Finland dalam Euro 2020 awal pagi semalam.
NBA: Washington's late free throws send Mavericks to Western Conference finals
Mavericks reach Western finals
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs
Piastri remaining optimistic despite grid penalty at Emilia Romagna Grand Prix
Piastri receives grid penalty
Emery admits 'I have my dreams' with Villa after sealing Champions League qualification
Emery: 'I have my dreams'
Leverkusen have no time to soak in 'Neverlusen' season - Alonso
Alonso: no time to soak in season