Shaiful Shamsudin
Wed Jun 16 2021
RUSSIA 1 FINLAND 0
Russia kembali menyalakan harapan mereka untuk mara ke peringkat kalah mati Euro 2020 apabila meraih kemenangan 1-0 ke atas Finland di Saint Petersburg, sebentar tadi.
Penyudah luar biasa Aleksey Miranchuk memastikan pasukan bimbingan Stanislav Cherchesov itu bangkit daripada kekalahan 0-3 kepada Belgium.
Gol Miranchuk dalam masa kecederaan babak awal menerusi rembatan pertama yang menuju tepat ke sasaran -- penantian paling lama untuk sebarang usaha mencetak gol dalam edisi kali ini -- menghasilkan penamat menarik untuk Kumpulan B.
Peluang kedua-dua pasukan untuk ke pusingan seterusnya masih terbentang memandangkan masing-masing sudah mengutip tiga mata selepas dua perlawanan.
Permulaan perlawanan itu menyaksikan Finland dinafikan jaringan pembukaan yang dibatalkan oleh penjaga garisan selepas Joel Pohjanpalo didapati ofsaid sebelum menanduk masuk umpanan silang Jukka Raitala.
Russia kemudian bertindak balas tetapi Magomed Ozdoev seharusnya melakukan sentuhan yang lebih baik ketika menyerang selepas menerima hantaran Miranchuk dari jarak dekat.
Tuan rumah kehilangan Mario Fernandes akibat kecederaan dan penggantinya, Vyacheslav Karavaev, hampir memberi impak segera tetapi Jere Uronen sempat mematahkan percubaan yang menerima hantaran silang Daler Kuzyaev.
Namun, Russia memastikan kelebihan dalam babak pertama yang menyaksikan Miranchuk bermain 1-2 dengan Artem Dzyuba di dalam kotak penalti sebelum melengkapkan usaha hebat itu ke sudut kiri atas.
Russia beberapa inci untuk menggandakan keunggulan mereka itu -- tidak lama selepas permainan bersambung namun percubaan Aleksandr Golovin meliar sementara di pintu gol seberang, rembatan Teemu Pukki memerlukan ketangkasan Matvey Safonov.
Tonggak Finland, Lukas Hradecky, cemerlang di sebelah menutup ruang di sebelah kirinya ketika mematahkan percubaan Kuzyaev bagi mengekalkan Finland terus dalam persaingan.
Sungguhpun Russia gagal mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan dalam percubaan pada 15 minit terakhir, jaringan awal itu menjulang mereka untuk kemenangan penting di hadapan peminat sendiri yang sentiasa memberikan sokongan padu.
Sukan Olimpik Paris: Penyertaan atlet Russia-Belarus bersyarat ketat
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan membenarkan atlet Russia dan Belarus bertanding pada Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai neutral, tanpa bendera, lambang atau lagu kebangsaan.
FIFA: Russia kembali anjur aksi di laman sendiri
Russia menewaskan Iraq 2-0 dalam perlawanan antarabangsa pertama mereka sejak negara itu digantung atas tindakan menceroboh Ukraine.
Piala Dunia Qatar: Witsel mahu Belgium ulangi pencapaian di Russia
Axel Witsel mahu Belgium mencontohi kejayaan di Russia empat tahun lalu ketika Red Devils menyasarkan kejayaan Piala Dunia dalam apa yang boleh menjadi kejohanan terakhir untuk 'Generasi Emas' mereka.
Bosnia tangguh aksi ujian berdepan Russia selepas didesak
Bosnia dan Herzegovina menangguhkan perlawanan persahabatan dengan Russia selepas menerima kecaman hebat termasuk daripada pemain mereka sendiri.
Shakhtar Donetsk tuntut ganti rugi FIFA akibat polisi kontrak pemain
Shakhtar Donetsk menuntut ganti rugi sebanyak €50 juta (RM225.9j) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atas bayaran perpindahan berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.
Kelayakan Piala Dunia: Poland dapat laluan percuma selepas Russia disingkir
Poland diberikan laluan percuma ke pusingan playoff kelayakan Piala Dunia selepas pembatalan perlawanan mereka menentang Russia.
FIFA benarkan pemain luar tinggalkan kelab Russia, Ukraine
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memberikan kelonggaran sementara untuk pemain dan jurulatih meninggalkan kelab Ukraine dan Russia.
Semua ketua pasukan EPL pakai lilitan warna bendera Ukraine
Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan satu bentuk tanda sokongan kepada Ukraine bagi perlawanan akan datang.
Shevchenko anggap bola sepak tidak lagi wujud
Andriy Shevchenko berkata bola sepak sudah tidak wujud baginya yang kini tersepit di tengah-tengah konflik berterusan di Ukraine.
McGregor pertimbang beli Chelsea
Bintang UFC, Conor McGregor, berminat untuk membeli Chelsea di celah-celah laporan bahawa Roman Abramovich mahu menjual kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
NBA: Washington's late free throws send Mavericks to Western Conference finals
Mavericks reach Western finals
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs
Piastri remaining optimistic despite grid penalty at Emilia Romagna Grand Prix
Piastri receives grid penalty
Emery admits 'I have my dreams' with Villa after sealing Champions League qualification
Emery: 'I have my dreams'
Leverkusen have no time to soak in 'Neverlusen' season - Alonso
Alonso: no time to soak in season