Ammar Hakim
Tue Jun 15 2021
Christian Eriksen berkata dia berasa 'baik' selepas pegawai perubatan menyelamatkan nyawanya ketika rebah dalam perlawanan Denmark bertemu Finland bagi saingan Euro 2020.
Pemain tengah Inter, Eriksen, diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) di atas padang dalam separuh masa pertama di Copenhagen selepas tumbang ketika perlawanan sedang berlangsung.
Rakan senegaranya, Kasper Schmeichel, melaporkan semalam bahawa Eriksen sudah 'senyum dan ketawa' di hospital, sementara doktor pasukan, Morten Boesen, mengesahkan pemain berusia 29 tahun itu mengalami serangan jantung.
Boesen berkata Eriksen 'sudah tiada' sebelum pegawai perubatan berusaha untuk membantu Eriksen bangkit semula.
Kini Eriksen telah memuat naik gambar pertamanya dalam hospital sambil tersenyum.
Dia menulis mesej yang dimuat naik ke laman Twitter Persekutuan Bolasepak Denmark (DBU), "Hai semua. Terima kasih banyak atas ucapan dan mesej manis dan menakjubkan dari seluruh dunia. Ini sangat bermakna bagi saya dan keluarga saya.
"Saya dalam keadaan baik. Saya masih lagi menjalani beberapa ujian di hospital, tetapi sudah berasa baik. Sekarang saya akan memberikan sokongan kepada pasukan Denmark dalam perlawanan berikutnya.
"Bermain untuk seluruh Denmark. Dari Christian."
DBU semalam untuk menyatakan Eriksen kini dalam keadaan yang baik dan stabil.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ejennya, juga dikeluarkan semalam, bekas pemain tengah Ajax dan Tottenham, Eriksen mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya dan berjanji untuk mencari punca dan sebab bagaimana serangan jantung itu berlaku.
Kapten Denmark, Simon Kjaer, dipuji secara meluas kerana menghentikan Eriksen daripada menelan lidahnya dan meletakkan rakan sepasukannya itu dalam kedudukan pemulihan.
UEFA pada mulanya menangguhkan perlawanan, tetapi dipersetujui bahawa perlawanan akan disambung dengan kemenangan memihak Finland 1-0.
Piala Thomas: Denmark tumbang, tiada Axelsen dalam separuh akhir
Taiwan menewaskan Denmark 3-1 untuk melangkah ke saingan separuh akhir Piala Thomas 2024.
Terkini: Denmark di ambang kekalahan
Denmark ketika ini sedang ketinggalan 0-2 kepada Taiwan dalam aksi suku akhir Piala Thomas di Chendu China.
Piala Thomas: Aksi dramatik Zii Jia-Axelsen tarik perhatian BWF
Aksi peringkat Kumpulan D antara Malaysia dan Denmark telah menyajikan perlawanan yang cukup menarik.
Gary Lineker luah kebimbangan terhadap bintang baru Man United Rasmus Hojlund
Gary Lineker tidak yakin bahawa Rasmus Hojlund mampu menandingi jangkaan dengan tanda harganya selepas pemain antarabangsa Denmark itu melengkapkan perpindahan GBP72 juta ke Manchester United.
Kelayakan Euro 2024: Kekalahan kepada Denmark sukar diterima -- Jonny Evans
Jonny Evans berkata kekalahan Ireland Utara 1-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024 kepada Denmark adalah 'sukar untuk diterima' selepas dia diputuskan sebagai ofsaid ketika melakukan bantuan jaringan buat Callum Marshall untuk gol penyamaan dalam masa kecederaan.
Kelayakan Euro 2024: Kazakhstan beri Denmark tamparan berat
Denmark membazirkan pendahuluan 2-0 untuk tumbang 2-3 di Kazakhstan, sekali gus menjadi tamparan awal dalam kempen kelayakan Euro 2024.
Piala Dunia Qatar: Australia iringi Perancis ke pusingan 16, Tunisia, Denmark kecewa
Australia mengiringi Perancis ke pusingan 16 Piala Dunia Qatar 2022 selepas menang tipis 1-0 ke atas Denmark dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Al Janoub sebentar tadi.
Piala Dunia Qatar: Pasukan 'gila' Perancis harus mara ke final -- Lindstrom
Penyerang Denmark, Jesper Lindstrom, percaya 'pasukan gila' Perancis harus mara sekurang-kurangnya ke final Piala Dunia.
Piala Dunia Qatar: Denmark sediakan jerat buat Kylian Mbappe
Ketua jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand, tidak gentar dengan kelibat Kylian Mbappe tetapi mengakui tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menyekat kelincahan penyerang Perancis itu.
Piala Dunia Qatar: Denmark-Tunisia sama liat
Andreas Cornelius terlepas peluang keemasan sementara Tunisia meraih mata penting dalam perlawanan Piala Dunia dengan Denmark yang berkesudahan tanpa jaringan, sebentar tadi.
PGA Championship: Morikawa and Schauffele share lead ahead of final round
Shane Lowry made history in round three, but it is Collin Morikawa and Xander Schauffele who share the lead in a close battle for glory.
NBA: Washington's late free throws send Mavericks to Western Conference finals
Mavericks reach Western finals
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs
Piastri remaining optimistic despite grid penalty at Emilia Romagna Grand Prix
Piastri receives grid penalty
Emery admits 'I have my dreams' with Villa after sealing Champions League qualification
Emery: 'I have my dreams'