Phil Foden menjaringkan dua gol ketika membantu Manchester City memintas Liverpool dan kekal dalam persaingan takhta Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Brighton 4-0.

Foden menjaringkan gol ke-16 musim apabila dua jaringannya dalam separuh masa pertama beraksi di Stadium Amex.

De Bruyne terlebih dahulu membuka jaringan -- gol ke yang ke-68 dalam saingan EPL namun pertama menerusi tandukan -- dalam ketiadaan Erling Haaland yang dihimpit masalah kecederaan.

Julian Alvarez menjaringkan gol keempat ketika City kini berkelebihan dua mata ke atas Liverpool dan hanya ketinggalan satu di belakang Arsenal.