Menjelang pembukaan saingan Liga Super Malaysia 2024/25, dua gergasi bolasepak Malaysia, bakal mengharungi perlawanan Sumbangsih mempertemukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Pertembungan ini bakal menjadikan JDT dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan tersebut dimenangi musim lalu manakala Selangor dalam usaha menghadiahkan kembali trofi kepada penyokong The Red Giants selepas menjadi naib juara liga tahun lalu.

Tarikh dan Masa Perlawanan Piala Sumbangsih 2024

Perlawanan akan dilangsungkan pada Jumaat, 10 Mei 2024 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor dengan sepak mula bermula 9 malam.

Siaran Langsung (LIVE) Piala Sumbangsih 2024

Ikuti siaran langsung perlawanan ini di saluran Astro Arena 801 serta live streaming menerusi aplikasi Astro Go bermula dengan rancangan pra-perlawanan pada jam 8.00 malam.