Menjelang perlawanan Sumbangsih yang akan berlangsung minggu ini, juara 10 kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), akan bertemu pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor, bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Jumaat ini.

JDT mendakwa bahawa pihak Selangor tidak membuat sebarang permohonan berkenaan pembahagian tiket kepada penyokong The Red Giants yang akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran Johor Southern Tigers di laman Facebook, JDT hanya menerima peruntukan sebanyak 30 tiket grandstand sahaja selain keperluan seperti minuman isotonik, air mineral dan beberapa bungkus ais untuk para pemain dan barisan kejurulatihan.


Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, pasukan lawan perlu memohon peruntukan tiket dari tuan rumah terlebih dahulu sebelum jualan tiket dibuka kepada umum.