Selangor sebentar tadi mengesahkan bahawa pemain sayapnya, Faisal Halim, menjadi mangsa serangan simbah asid petang tadi.

Kelab itu memandang serius insiden berkenaan dengan akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Selangor turut meminta penyokongnya dan seluruh peminat bola sepak negara agar mendoakan dan memberikan sokongan moral buat pemain itu dan dalam masa sama menghormati privasi Faisal dan keluarganya.