Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, membayangkan atlet negara mampu meraih sekurang-kurangnya empat pingat emas dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.

"Empat emas adalah objektif yang kami tengok realistik untuk kami capai, kami nak kumpulkan 10 pingat emas daripada Sukan Paralimpik (selepas pencapaian tiga emas masing-masing dalam edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020).

"Empat emas bukan sasaran rasmi tetapi itulah sasaran yang kami buat hasil penelitian dari awal tahun ini sehingga sekarang dan ia sangat penting untuk kami.

"Saya juga seorang bapa yang mempunyai anak OKU, saya melihat ini kancah ini semakin pesat membangun dan popular.




"Sukan juga boleh memberi peluang kedua kepada golongan OKU.

"Saya sangat berat sebelah, bukan atlet normal malah atlet paralimpik juga mampu mengharumkan nama Malaysia," katanya dalam sidang media hari ini.