Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa rumput jenis Hybrid yang akan digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan diselenggarakan oleh kontraktor baru mengikut prosedur operasi Standard SOP yang baru.

Kualiti padang SNBJ tampak dijamin menjadi lebih baik menerusi penggunaan rumput yang baru itu tidak akan mengganggu sebarang perlawanan yang melibatkan pasukan Harimau Malaya.

Rumput tersebut disumbangkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga merupakan kelab Johor Darul Ta'zim.

"Kita akan berkerjasama dengan kontraktor yang baru dengan SOP yang baru dalam menjaga rumput jenis Hybrid.

"Bumbung SNBJ tidak dapat memberikan cahaya matahari yang secukupnya untuk menjadikan rumput Zeon Zaysia menjadi kuat, oleh sebab itu rumput baru akan digunakan.

"Sekarang saya telah mengarahkan moratarium dilakukan di atas padang SNBJ agar tiada struktur pentas akan dibina di atas padang serta demi memastikan Harimau Malaya berjaya melangkah ke hadapan apabila mereka bermain nanti.

"Kami berharap SOP yang baru dapat menjadikan keadaan padang lebih lancar apabila kita bertukar daripada acara sukan kepada acara bukan sukan." katanya.