Selepas ditewaskan oleh Kuala Lumpur City (KL City) tempoh hari, Kuching City berjaya bangkit mengatasi pasukan dari Singapura, Hougang United, dalam perlawanan pramusim Piala Sabah Maju Jaya Cup (SMJ Cup), sebentar tadi.

The Cats, akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-52 hasil jaringan penyerang, Tchetche Kipre, untuk meletakkan Kuching City di hadapan.


Keputusan itu kekal menyaksikan anak buah Aidil Sharin Sahak kekal di tangga ketiga SMJ Cup sambil menunggu perlawanan di antara KL City dan Sabah, yang bertemu pada malam ini.