Azizulhasni Awang terpaksa merombak program latihannya ekoran penundaan Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun kekal dengan pendirian untuk terus memburu pingat emas -- sama ada dalam acara keirin mahupun pecut individu.
Beberapa jam selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jepun mengumumkan penangguhan temasya di Jepun itu, satu persidangan di atas talian dijalankan antara Presiden IOC, Thomas Bach, dengan media seluruh dunia.
"Dari awal lagi kami sudah bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan.
"Saya nampak ia (penundaan) sesuatu yang positif dan memberikan kami lebih masa lagi untuk mempersiapkan diri.
"Kami mempunyai resepi rahsia untuk meningkatkan prestasi seperti yang dibuktikan dalam Kejohanan Dunia di Berlin yang lalu.
"Saya dan jurulatih, John Beasly, akan membincangkan program baru sebagai persiapan Sukan Olimpik tahun depan dalam tempoh beberapa hari ini," katanya di Melbourne, Australia, ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, hari ini.
Begitupun, Azizulhasni tidak gentar dengan perkembangan itu yang membolehkan pencabar-pencabarnya memantapkan kayuhan.
"Ia tidak menjejaskan, saya masih dalam misi mencapai pingat emas Sukan Olimpik pertama untuk negara.
"Andai Sukan Olimpik tetap diadakan tahun ini, saya sudah bersedia tetapi ia tidak selamat untuk atlet dan pegawai yang akan bertugas di sana.
"Saya juga tidak melihat ini sebagai kesempatan buat pelumba Eropah.
"Mereka matang seawal 18 tahun kerana banyak menyertai perlumbaan yang membantu pembangunan mereka berbanding di Asia.
"Saya hanya fokus kepada diri sendiri dan apa yang boleh diperbaiki.
"Sudah tentu saya akan tetap akan mengkaji pesaing-pesaing yang lain tetapi tumpuan utama haruslah diberikan kepada apa yang boleh dikawal."
Tambah atlet kelahiran Terengganu itu, tempoh beberapa bulan diperlukan untuk seluruh dunia pulih daripada pandemik tersebut.
"Selepas tiga hingga enam bulan Covid-19 reda, barulah semua pihak dapat fokus kepada kehidupan dan Sukan Olimpik."
Shaiful Shamsudin
Wed Mar 25 2020
Ukraine ugut boikot Sukan Olimpik Paris jika IOC benarkan atlet Russia, Belarus bertanding
Ukraine mengugut untuk memboikot Sukan Olimpik Paris 2024 seandainya Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memilih untuk membenarkan atlet Russia dan Belarus bertanding dalam temasya itu.
Tokyo 2020: Penganjur kesan tiga kes positif COVID-19
Mesyuarat Chef de Mission Sukan Olimpik Tokyo mendedahkan tiga atlet dikesan positif COVID-19.
Sukan Olimpik Tokyo: Cadang keutamaan vaksin COVID-19 buat atlet
Atlet Olimpik harus menjadi antara barisan pertama yang menerima vaksin COVID-19 agar Sukan Olimpik Tokyo dapat diteruskan, menurut anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Dick Pound.
Sukan Olimpik Tokyo: Penganjur sahkan venue, jadual pertandingan
Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020) telah mengesahkan kesemua 43 venue dan juga jadual pertandingan dalam sesi Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) secara dalam maya, semalam.
Chong Wei: Atlet jangan putus asa
Tiada siapa yang lebih gusar dengan nasib Olimpian negara kalau bukan chef-de mission (CDM) kontinjen negara, Datuk Lee Chong Wei berhubungan penundaan Sukan Olimpik Tokyo berikutan ancaman wabak koronavirus baru (Covid-19).
Berbasikal: Azizulhasni susun program persiapan baru
Azizulhasni Awang terpaksa merombak program latihan ekoran penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ke 2021 namun kekal dengan pendirian untuk terus memburu pingat emas -- sama ada dalam acara keirin atau pecut individu.
Penangguhan: Atlet perlu ada mentaliti kemenangan -- presiden MOM
Keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo ke tahun depan menimbulkan persoalan selepas Presiden IOC, Thomas Bach, mengesahkan pihaknya sedang menjalankan rundingan dengan 33 persekutuan sukan antarabangsa mengenai sistem kelayakan yang baru.
Tokyo 2020 ditunda sehingga 2021
Sukan Olimpik 2020 telah ditunda setahun akibat wabak coronavirus selepas disahkan oleh ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Dick Pound.
Tokyo 2020: IOC komited cari penyelesaian luar biasa
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) komited dalam mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan impak negatif paling minima terhadap atlet, berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
NBA: Mavs eliminate Clippers, Magic overcome Mitchell's 50 to force Game 7
The Mavericks beat the Clippers to advance to the Western semifinals and the Magic topped the Cavaliers to keep their season alive
Nashville SC v CF Montreal: Smith knows strugglers must make home comforts count
Preview: Nashville v Montreal
Houston Dynamo v St. Louis City: Carnell eager to get going after extended break
St. Louis City travel to Texas to face the Houston Dynamo on Saturday.
Chicago Fire v New England Revolution: Acosta says composure key for misfiring hosts
Preview: Chicago Fire v New England
Vancouver Whitecaps v Austin FC: Sartini hails 'special' White ahead of enticing BC Place meeting
Sartini hails White ahead of Austin
Real Salt Lake v Sporting Kansas City: Mastroeni lauds team effort of Western Conference leaders
Mastroeni lauds Salt Lake
Hoffenheim 1-1 RB Leipzig: Kramaric denies visitors after Simons red card
Report: Hoffenheim 1-1 RB Leipzig
Alcaraz withdraws from Italian Open, Rublev to meet Auger Aliassime in Madrid
Alcaraz to miss Italian Open
Luton Town 1-1 Everton: Hatters squander opportunity to climb out of relegation zone
Report: Luton 1-1 Everton
Lakers fire coach Darvin Ham after swift first-round exit
Lakers fire Ham after 2 seasons