Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mohon budi bicara Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) untuk mengekalkan Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia perlu ada dalam kalendar kelayakan Sukan Olimpik biarpun ia mungkin dilangsungkan November depan.
BAM telah pun mengutus surat kepada badan dunia itu mencadangkan tarikh baru Kejohanan Terbuka Malaysia sejurus mengumumkan penundaan saingan berkenaan pada 14 Mac lalu susulan penularan wabak koronavirus baru (Covid-19).
Tarikh cadangan dikemukakan adalah sekitar November depan, namun masih perlu menunggu persetujuan daripada BWF.
Sebelum ini, Terbuka Malaysia merupakan salah satu destinasi untuk pemain dunia mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik dengan tarikh tutupnya adalah pada 26 April depan.
"Kami sudah menghantar surat rasmi kepada BWF untuk meminta Terbuka Malaysia ditunda ke November kerana ada ruang ketika itu.
"BWF telah balas dengan mengatakan perlu mengkajinya secara menyeluruh kerana banyak kejohanan yang telah ditunda," kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, kepada wakil Nadi Arena, Adam Zamri, hari ini.
Sehubungan itu, dengan penundaan temasya Olimpik Tokyo oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), BAM turut harap BWF dapat mengekalkan saingan itu sebagai kalendar kelayakan untuk temasya berkenaan.
"Mungkin mereka boleh mengajurkan kejohanan-kejohanan terlebih dahulu kemudian barulah memikirkan soal proses kelayakan.
"BWF tidak perlu mengira semula mata kelayakan. Bekukan ranking sedia ada dan selepas itu cari tempoh waktu bagi kejohanan yang ditunda itu untuk kejohanan ini diambil kira sebagai kelayakan."
Setakat ini, BWF masih belum beri ketetapan tarikh baru kelayakan dan kaedah yang bakal digunakan setelah wujud cadangan untuk membekukan ranking semasa kesemua pemain.
Shaiful Shamsudin
Fri Mar 27 2020
BAM pilih berahsia nilai ganjaran juara Piala Thomas
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, memilih untuk berahsia mengenai jumlah sebenar ganjaran yang dijanjikan kepada pemain negara seandainya dapat membawa pulang Piala Thomas ke bumi Malaysia.
Info sidang media BAM menjelang Masters Malaysia
Ikuti pengumuman penting Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Menjelang Saingan Masters Malaysia 2024 pada jam 11 pagi ini.
Wan Arif-Roy King dinafikan kejuaraan Masters Sepanyol
Beregu muda negara, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, terpaksa akur dengan kekalahan ketika berdepan beregu dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, dalam Kejohanan Terbuka Madrid Super 300, sebentar tadi.
'Pilih untuk cemburu atau jadikan inspirasi?' - Institut Sukan Negara
Institut Sukan Negara (ISN) memuat naik satu poster tentang kata-kata semangat untuk atlit negara terus bangkit di laman Facebook rasmi organisasi itu selepas beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tewas dalam aksi final Kejohanan Seluruh England.
Jelajah Eropah: Rexy Mainaky optimis pemain negara mampu menyinar
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, mengharapkan pemain mampu menunjukkan prestasi terbaik mereka walaupun beberapa pemain berdepan tempoh singkat dalam menghadapi Jelajah Eropah memandangkan Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) yang baru sahaja tamat, 18 Februari lalu.
Pencarian 'Datuk Lee Chong Wei' bermula
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meraikan kedatangan 19 pemain badminton muda dari umur 16 hingga 18 tahun dari lapan negeri di Malaysia ke Akademi Badminton Malaysia (ABM)
SELBATC: Hao Nan-Wei Han sukarkan peluang Malaysia pertahan kejuaraan
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meraih mata pertama Malaysia selepas tewas kepada gandingan Xie Hao Nan dan Zeng Wei Han dalam perlawanan kedua final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024.
SELBATC: Jun Hao tersungkur di tangan Hong Yang
Leong Jun Hao gagal butirkan mata pertama buat kem negara selepas akur tewas kepada Weng Hong Yang dalam aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024.
SELBATC: Haikal Nazri bakal jadi penentu kejuaraan?
Muhammad Haikal Nazri bakal tampil selaku perseorangan lelaki ketiga Malaysia menentang China dalam aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024.
SELBATC: Lee Zii Jia sekali lagi dibelenggu masalah pernafasan
BAM telah mengumumkan bahawa Lee Zii Jia menghadapi masalah pernafasan dan tidak mampu untuk pulih sepenuhnya bagi meneruskan perjuangan dalam perlawanan final pada petang ini.
Lopetegui agrees to succeed Moyes as West Ham manager – reports
Lopetegui set for West Ham
Hamilton delighted to see McLaren back on top as Norris claims maiden F1 win
After 15 podium finishes without a race win, Lando Norris finally took top spot for the first time in Florida on Sunday.
Emery has no complaints after tired Aston Villa lose late on at Brighton
Emery: Villa didn't deserve a point
Declan Rice loss to blame for heavy West Ham defeats - David Moyes
Moyes: West Ham feeling Rice loss
Cavs hero Mitchell: 'I'm tired of losing in the first round'
Mitchell 'tired' of playoff losses
Verstappen says Norris is destined for more wins following Miami triumph
Lando Norris has been tipped for more victories after racing his way past Max Verstappen to win the Miami Grand Prix.
Under-fire Stefano Pioli respects Milan fan protests
As Milan approach the end of an underwhelming season, Stefano Pioli has seen his position called into question.
Alonso says Leverkusen can still improve as unbeaten run reaches 48 games
Bayer Leverkusen trounced Eintracht Frankfurt 5-1 on Sunday to remain on course for an undefeated season.
Norris celebrates first-ever Formula 1 win in Miami Grand Prix
Norris wins Miami Grand Prix
Mitchell, Cavaliers storm back to beat Magic in Game 7 and reach East semi-finals
Cavs rally from an 18-point deficit to win their first play-off series without LeBron James since 1993.