Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meraikan kedatangan 19 pemain badminton muda dari umur 16 hingga 18 tahun dari lapan negeri di Malaysia ke Akademi Badminton Malaysia (ABM).




Ini merupakan hasil dari program pencarian bakat atau lebih dikenali sebagai Talent Identification (TID) yang dilakukan pada Disember tahun lalu.

Yang pasti, ini salah satu langkah proaktif BAM dalam mencari dan membangun pemain badminton yang mampu menaikkan kembali status Malaysia sebagai 'gergasi badminton' di peringkat dunia.