Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) dengan cukup bergaya apabila menumbangkan gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, secara set langsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kelapan, beregu negara itu berdepan ranjau terbesar apabila dijadualkan untuk bertemu gandingan pilihan utama berkenaan memandangkan mereka tewas tujuh daripada 10 pertemuan lalu.
Dan seperti yang dijangkakan, perlawanan berlangsung dengan amat sengit sepanjang set pertama, di mana Yew Sin dan Ee Yi tidak pernah dapat mendahului pada awal permainan dan ketinggalan 10-15.
Bagaimanapun, mereka kemudian mula mengorak langkah untuk menyamakan kedudukan 15-15 dan mendahului 20-17 sebelum menyekat kebangkitan lawan dengan kemenangan 22-20.
Fajar dan Rian kembali mendominasi saingan awal set kedua dan mendahului 7-2 tetapi Yew Sin dan Ee Yi segera mengubah nasib mereka dengan menyamakan kedudukan 8-8 dan tidak pernah berada di belakang selepas itu.
Wakil negara itu menamatkan pertarungan selama 37 minit berkenaan dengan kemenangan 21-15 dalam set kedua untuk menantikan pemenang di antara beregu pilihan keempat dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, dan satu lagi beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana, bagi penentuan ke final esok.
Muzaffar Musa
Fri Apr 28 2023
Terbuka Thailand final kedua Lee Zii Jia dalam tempoh tiga tahun
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, berjaya melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Thailand BWF yang merupakan final keduanya dalam tempoh tiga tahun dengan kali terakhir dalam Kejohanan Terbuka Finland, tahun lalu.
Terbuka Thailand BWF: Lee Zii Jia bangkit ke final
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, bangkit dariapda ketinggalan satu set untuk mengatasi jaguh Taiwan, Chou Tien Chen, dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok sebentar tadi.
Astro Kem Badminton: Sambutan meriah di Kota Bharu
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan Astro Kem Badminton minggu ini sebagai usaha mencari bakat baru badminton negara.
Terbuka Thailand BWF: Arif-Roi King terpaksa akur kehebatan pilihan utama dari India
Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roi King, terpaksa akur dengan kehebatan gandingan pilihan utama dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, sekali gus tewas mudah dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok sebentar tadi.
Terbuka Thailand BWF: Perjuangan Choong Hon Jian-Haikal Nazri tamat dalam suku akhir
Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, kandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand BWF selepas tewas kepada gandingan Taiwan, Lu Ming Che-Tang Kei Wei, di Bangkok sebentar tadi.
Masters Malaysia 2024 terima kehadiran juara dunia
Meskipun Kejohanan Masters Malaysia 2024 hanya berstatus Super 500, saingan ini menjadi medan berprestij dengan kehadiran pemain-pemain di kedudukan terbaik dunia ketika ini.
Terbuka Thailand BWF: Lee Zii Jia pamer ketenangan ke separuh akhir
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, mempamerkan ketenangan untuk melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand BWF dengan menewaskan wakil China, Lu Guang Zu, dalam aksi tiga set di Bangkok, Thailand sebentar tadi.
Terbuka Thailand: Leong Jun Hao timba lebih banyak pengalaman peringkat tinggi
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mengakui pengalaman beraksi dalam kempen Piala Thomas 2024 di Chengdu, China baru-baru ini membantu dalam mematangkan permainannya semasa Terbuka Thailand Super 500.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Russia
Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, Profesor Dr Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Russia.
Terbuka Thailand: Choong Hon Jian-Haikal Nazri teruskan aksi matang tewaskan beregu Thailand
Beregu yang sedang meningkat baik, Haikal Nazri-Choong Hon Jian, terus mempamerkan kecemerlangan membenam pasangan dari Thailand, Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-Nga, sebentar tadi.
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs
Piastri remaining optimistic despite grid penalty at Emilia Romagna Grand Prix
Piastri receives grid penalty
Emery admits 'I have my dreams' with Villa after sealing Champions League qualification
Emery: 'I have my dreams'
Leverkusen have no time to soak in 'Neverlusen' season - Alonso
Alonso: no time to soak in season
Forest 'still have to finish the job' against Burnley, says Nuno
Nuno calls for Forest focus