Kevin De Bruyne menegaskan Manchester City bahawa tidak akan mudah berpuas hati ketika bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Inter Milan, awal pagi Ahad ini.

City dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mengungguli pertandingan itu buat kali pertama dan melengkapkan trofi 'treble' di Istanbul, kelak.

Inter menamatkan kancah Serie A musim ini dengan 18 mata di belakang juara, Napoli, lantas De Bruyne berwaspada dengan ancaman skuad kendalian Simone Inzaghi itu.

Perancang Belgium itu berkata: “Anda tidak akan layak ke final UCL tanpa berada di kedudukan teratas.





“Saya rasa mereka memenangi gelaran berganda di Itali. Mereka secara dasarnya telah memenangi setiap perlawanan pada akhir musim.

“Mereka mempunyai sistem, gaya tersendiri. Mereka melakukannya dengan sangat baik dan saya tidak rasa sesiapa pun akan menganggap bahawa menentang Inter akan menjadi perlawanan yang mudah.

"Ia adalah perlawanan akhir jadi ia bermula 50-50.”