Pep Guardiola tidak meragui kualiti yang dimiliki Cole Palmer tatkala dia sedang mencari jalan untuk menampung ketiadaan Kevin De Bruyne yang perlu diketepikan ehingga lima bulan akibat kecederaan hamstring.

De Bruyne dijadual menjalani pembedahan di negara asalnya, Belgium, selepas dikeluarkan awal dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) City di Burnley Sabtu lalu, dan City terpaksa beraksi tanpa tonggak utama mereka itu ketika merebut Piala Super UEFA daripada Sevilla menerusi penentuan sepakan penalti.

Palmer bermula di sayap kanan dalam pertemuan di Athens, kelmarin, dan menjaringkan gol penyamaan City sejurus selepas sejam permainan bagi menyusuli jaringan menariknya ketika bertemu Arsenal dalam aksi Perisai Komuniti, tetapi ia tidak menyekat spekulasi yang mengaitkan produk akademi berusia 21 tahun itu dengan perpindahan.

Biarpun Guardiola mendedahkan kebimbangannya bahawa De Bruyne mungkin belum cergas sepenuhnya hingga Februari, lantas dia berkata Palmer dan yang lain perlu menawarkannya jawapannya.

“Tidak perlu mempersoalkan betapa dia sebagus mana,” kata Guardiola mengenai Palmer.




“Anda tidak memerlukan dua gol dalam dua perlawanan akhir untuk menentukan betapa bagusnya dia.

“Cole pada musim sebelumnya tiba pada saat yang luar biasa, dia jadi penentu perlawanan Piala FA sebelum kecederaan.

“Bermain di City bukan mudah berikutan kehadiran Riyad (Mahrez, kini sudah tiada), Bernardo (Silva) dan ramai lagi.

“Musim lalu pemain kami di bahagian tengah ialah De Bruyne yang juga tersisih hampir lima bulan, Ilkay Gundogan juga tiada di sini, jadi kami perlu menyesuaikan beberapa perkara.

"Kami tidak berada di tahap terbaik kami, itu merupakan perkara biasa dan kami harus menyesuaikan diri dengan beberapa perkara tetapi semangat itu tetap ada.”