Persekutuan Renang Malaysia yang mengumumkan lima pelan pemulihan untuk meningkatkan mutu dan kualiti penerjun negara.

Ia mendapat reaksi positif dari barisan penerjun muda apabila mereka menyifatkan usaha yang dilakukan itu adalah platform membimbing untuk mengeluarkan prestasi terbaik.

Namun, masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu ditambah-baik selaras kemajuan yang ingin dicapai.

"Saya tengok perkembangan sekarang setakat ini ada yang baik dan penambahan atlet pelapis pun semakin ramai sekarang untuk menggahkan lagi sukan renang," kata penerjun negara, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj.

"Saya rasa setakat ini sukan renang memerlukan sokongan dari orang sekelililng dan saya rasa semua yang ada setakat ini semuanya cukup dan yang perlu ditambah baik ialah kami punya papan anjal sebab setakat ini kami punya papan anjal adalah yang lama,'

"Kami nak papan anjal yang baru dan semuanya berada dalam keadaan baik.."

Ketika ditanya mengenai pelan yang sudah diaturkan buat mereka ini adalah jawapannya: "Ya. Lagi bagus sebab mereka sediakan pelan untuk kami dan mereka letakkan sasaran jadi kami pun kenalah berikan diri kita satu sasaran supaya kita tidak terlampau stress untuk fikirkan kami punya pelan,

"Semuanya disediakan dan Alhamdulillah semuanya terbaik buat semua atlet.

Sedikit trivia Eilisha Rania, adalah atlet muda yang berusia 19 tahun dan merupakan anak kelahiran Sarawak serta telah memeluk agama Islam di usia muda 13 tahun.