Penerjun negara, Wendy Ng, semalam mengumumkan persaraannya daripada sukan itu.

Olimpian negara itu mengucapkan selamat tinggal kepada kolam terjun selepas melakukan tiga penampilan dalam Sukan Olimpik, masing-masing dalam edisi di London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020.

Dia juga mengumpulkan tujuh pingat emas dalam Sukan SEA dari 2011 hingga 2021 selain empat pingat perak Sukan Asia dari 2010 hingga 2022 dan satu perak Sukan Komanwel pada 2022.

"Hari ini dengan penuh rasa bersyukur dan berterima kasih, saya mengucapkan selamat tinggal kepada kolam yang menjadi sanktuari dan pentas terhadap perlbagai momen yang tidak terlupakan," katanya dalam satu kiriman Instagram

"Daripada kegemilangan Sukan Olimpik sehinggalah kepada meraikan setiap kejayaan, ia dikuasakan oleh dedikasi dan sokongan tidak berbelah bahagi.

"Persaraan ini menandakan satu permulaan kepada satu babak baru. Terima kasih kepada semua kerana menjadi sebahagian daripada pengembaraan luar biasa ini."