Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, tetap akan beraksi dalam Piala Dunia FINA di Kanada yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Mei depan.

Ketiadaan bayangan Nur Dhabitah dalam Kejohanan Terjun Peringkat Umur di Pusat Akuatik Nasional pada awal bulan lalu selepas menarik diri akibat kecederaan lutut.

Kecederaan itu, bagaimanapun, tidak memberikan impak serius hingga perlu membatalkan penyertaan ke pentas Piala Dunia itu memandangkan keadaan kecederaannya beransur baik.

"Lutut saya makin pulih, saya sudah boleh melompat.

"(Cuma) dalam papan anjal agak sakit sedikit dan saya sudah memulakan semalam.

"Saya agak terburu-buru dan tiada erti kalau kecederaan saya berulang.

"Mungkin kem latihan di China kelak boleh bina semula (prestasi saya)," kata pemilik pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022.