Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu selepas kelab dari Libya, Al-Ahly Benghazi, secara rasminya mengumumkan kehadiran tonggak tersebut, sekali gus menjawab spekulasi kepada khabar angin perpindahannya sebelum ini.

7 Januari lalu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memuat naik berita mengenai pemain itu yang sedang melakukan perbincangan kontrak bersama KDN.

Semalam, laman rasmi Al-Ahli Benghazi mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah menandatangani tonggak utama Palestin selain mengesahkan kehadirannya selaku pemain terbaru mereka.



β€œDari ibu kota umat Islam yang berjuang demi hak sejarahnya, ke bandar Al-Ahly, bandar yang kukuh dan pejuang.”

Sementara itu, status Washington Brandao dan Michal Jerabek masih belum diketahui sama ada masih bersama kelab Liga Super Malaysia itu ataupun tidak.