Penyokong Harimau Malaya rata-ratanya melihat revolusi bola sepak negara daripada pandangan berbeza susulan bakal mempunyai lambakan pemain warisan.

Ini berikutan pencarian pemain warisan untuk mewakili negara yang merupakan sebahagian daripada proses penstrukturan baru Harimau Malaya yang sudah bermula ketika ini.

"Utamakan pemain tempatan dulu, Sabah dan Sarawak juga ada pemain. Kita ada 14 negeri, mustahil tiada pemain yang bagus, latih mereka seperti negara luar yang membangunkan akademi.






"Tiada guna ambil pemain yang sudah berusia kemudian hanya boleh beraksi dua hingga tiga tahun dan bersara." kata penyokong Harimau Malaya.

Malah, terdapat peyokong yang berasakan kehadiran mereka mampu memberikan nilai tambah kepada pasukan, namun ada pula yang berpendapat bakat pemain tempatan usah diabaikan.

"Saya percaya jika semua pemain sama ada pemain tempatan mahupun warisan jika mereka benar-benar tampil dengan persembahan yang bagus. Mereka layak dapat panggilan bertugas untuk negara. tambahnya lagi.