Skuad Harimau Malaya bakal turun bertemu Laos dalam aksi perlawanan antarabangsa malam ini, mari kita lihat lima rekod pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan.

Sejak 14 tahun yang lalu, Malaysia memiliki keputusan yang positif setiap kali bertemu Million Elephants.

Kali terakhir mereka bertemu, menyaksikan kemenangan 5-0 dalam aksi peringkat kumpulan Kejohanan ASEAN 2022 -- Dua gol Faisal Halim, Sergio Aguero, Haqimi Azim Rosli dan Stuart Wilkin memastikan penyokong yang hadir ke stadium pulang dengan senyuman.

Kini, di bawah bimbingan Pau Marti Vicente, sudah pasti mahu memastikan keputusan yang positif berharap trend ini dapat diteruskan dalam aksi persahabatan antarabangsa dengan Laos yang diadakan di Stadium PAT, Bangkok, Thailand.

Laos pula kini berbekalkan khidmat jurulatih Korea Selatan, Ha Hyeok-jun sekaligus sudah pasti mahu mencari ramuan terbaik untuk mencipta kejutan.

Kali terakhir Malaysia tewas kepada Laos ketika aksi peringkat kumpulan Sukan SEA 1997. Skuad negara yang ketika itu dibarisi pemain handalan seperti Azman Adnan, Datuk Zainal Abidin Hassan dan Yap Wai Loon tewas 1-0 menerusi jaringan jarak jauh Keolakhone Channiphone.

Laos turut berjaya mengikat Harimau Malaya di peringkat antarabangsa, Kali terakhir keputusan seri dicatatkan antara kedua-dua negara direkodkan pada 22 Disember 2002.