Erick menjadi individu penting dalam memacu kemajuan bola sepak di Indonesia hingga pasukan negara jiran itu berjaya melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Dia berkongsikan pandangannya itu di laman Instagram dengan menjelaskan: "Bertemu dengan Putra Mahkota Johor, Mayor Jenderal Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim yang juga pemilik klub raksasa Malaysia, Johor Darul Ta’zim.
"TMJ mempunyai visi besar untuk sepak bola Asia Tenggara bahkan Asia.
"Sangat menarik berdiskusi dengan beliau tentang kualitas sepak bola di negara-negara Asia Tenggara. Kami ingin negara di Asia Tenggara bisa bersaing di level Asia bahkan hingga level dunia." katanya.
Skuad Garuda akan meneruskan cabaran berdepan Jepun esok dalam saingan Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan kini mereka menduduki kedudukan kelima dengan tiga mata selepas empat perlawanan.