Chelsea menggambarkan keputusan untuk berpisah dengan Mauricio Pochettino adalah atas persetujuan bersama, tetapi pada akhirnya ketetapan itu dibuat oleh pihak atasan kelab setelah mengenal pasti tiga masalah utama.
Pochettino menamatkan musim ini dengan lima kemenangan berturut-turut, membawa Chelsea ke tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk memastikan kelayakan bola sepak Eropah bagi musim 2024/25.
Namun, walaupun The Blues menunjukkan tanda-tanda peningkatan yang jelas di atas padang dalam minggu-minggu akhir kempen, isu berbangkit di tempat lain telah menyebabkan berakhirnya rejim Pochettino di Stamford Bridge.
Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu menandatangani kontrak selama dua tahun pada musim panas lalu tetapi hanya bertahan separuh daripada tempoh itu.
Chelsea kini kembali mencari ketua jurulatih baru, setelah memecat Thomas Tuchel, Graham Potter dan Pochettino – serta pelantikan sementara Bruno Saltor dan Frank Lampard sejak Clearlake Capital mengambil alih pada Mei 2022.
Difahamkan, Pochettino telah meninggalkan kelab selepas mengadakan tiga pertemuan berasingan dengan pembuat keputusan penting di Chelsea.
Pertama, pengendali dari Argentina itu bertemu dengan pemilik bersama Todd Boehly pada Jumaat untuk makan malam sebelum perlawanan terakhirnya yang menyaksikan Chelsea mengalahkan Bournemouth 2-1 pada Ahad.
Dia kemudian bertemu dengan Pengarah Sukan Laurence Stewart dan Paul Winstanley serta pemilik bersama, Behdad Eghbali pada Isnin dan Selasa.
Dalam pertemuan tersebut, perbezaan antara kedua-dua pihak menjadi jelas dan keputusan diambil untuk menamatkan hubungan tersebut.
Walaupun Boehly difahamkan bersedia untuk mengekalkan Pochettino, The Guardian melaporkan bahawa beberapa pihak dalam hierarki Chelsea mempunyai kebimbangan mengenai gaya latihan Pochettino yang dianggap "ketinggalan zaman" dan taktiknya semasa perlawanan.
Pochettino diketahui lebih suka pendekatan keras dalam membina kecergasan semasa latihan yang boleh menyebabkan pemain keletihan dan menyumbang kepada kecederaan.
Masalah utama lain adalah keinginan Pochettino untuk mempunyai lebih banyak pengaruh dalam pemindahan pemain. Pengurus berusia 52 tahun itu telah diberikan £1 bilion (RM5.9 bilion) untuk membeli pemain, tetapi pendekatan yang tidak teratur itu menjadi titik kekecewaan.
Akhirnya, Chelsea memutuskan mereka lebih suka memendekkan tempoh Pochettino daripada memberikannya sebarang kata putus dalam urusan perpindahan pemain.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Chelsea pada Selasa, Pochettino berkata: “Terima kasih kepada kumpulan pemilik Chelsea dan pengarah sukan atas peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah kelab bola sepak ini.
Kelab ini kini berada dalam posisi yang baik untuk terus maju dalam Liga Perdana dan Eropah pada tahun-tahun akan datang. - Sinar Harian
Stadium Astro
Thu May 23 2024
ACL2: Selangor raih mata pertama ikat pasukan gergasi Thailand
Wakil tunggal negara, Selangor, memperoleh mata pertama dalam edisi perdana Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila mengikat pasukan gergasi Thailand, Muangthong United, di Stadium Rajamangala sebentar tadi.
Bola Sepak MSSM: Siaran langsung (live streaming) separuh akhir Pulau Pinang lawan Pahang
Saksikan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 di antara Pulau Pinang dan Pahang.
ACL2: Penyokong Muangthong boikot aksi berdepan Selangor?
Penyokong kelab Thailand, Muangthong United, dikhabarkan melancarkan kempen boikot menjelang aksi pembukaan Kumpulan H, Liga Juara-Juara 2 (ACL2) berdepan Selangor di Stadium Rajamangala, petang ini.
Piala EFL: Dua jaringan lewat selamatkan Tottenham daripada dimalukan Coventry
Prestasi Tottenham Hotspur dilabel 'hanya menang atas kertas' susulan aksi kurang memberangsangkan.
Perdana Menteri minta FAM sedia pelan rancangan peningkatan prestasi Harimau Malaya
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, meminta agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan pelan perancangan dan Indeks Petunjuk Prestasi bagi menjamin peningkatan prestasi skuad bola sepak kebangsaan.
ACL2: Info siaran langsung, live streaming Selangor lwn Muangthong United
Wakil negara, Selangor bakal memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) berdepan wakil Thailand, Muangthong United di Stadium Rajamangala, Bangkok, petang ini.
Bola Sepak MSSM: Siaran langsung (live streaming) separuh akhir Selangor lwn Pahang
Strim aksi MSSM separuh akhir bola sepak B-12 menerusi Stadium Astro!
ACLE: Beraksi di sini adalah impian saya -- Arif Aiman
Selepas beraksi cemerlang semalam, penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, meluahkan bahawa beraksi di pentas besar seperti Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) merupakan impian buat dirinya sebagai pemain bola sepak profesional.
ACL2: Safuwan Baharudin hargai usaha penyokong Selangor hadir ke Rajamangala
Ketua pasukan Selangor, Safuwan Baharudin, menghargai usaha yang diambil penyokong Selangor untuk hadir bagi menyaksikan The Red Giants berdepan Muangthong United dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Asia 2, (ACL2) hari ini.
ACLE: Kapten Harimau Malaya bantu Buriram ikat Vissel Kobe
Kapten pasukan kebangsaan, Dion Cools, menjadi antara tonggak utama kelab Thailand, Buriram United mengikat kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), semalam.
Atletico Madrid 2-1 RB Leipzig: Late Gimenez header hands hosts victory
Atletico Madrid 2-1 RB Leipzig
Atalanta 0-0 Arsenal: Raya wonder save earns Gunners a point
Arsenal produced a stubborn defensive display to earn a goalless draw at Atalanta in the Champions League on Thursday.
Monaco 2-1 Barcelona: Ilenikhena seals memorable Champions League win for hosts
Monaco eventually used their man advantage, earning a memorable 2-1 victory over Barcelona in their opening Champions League match.
Women's Super League predictions: Will Bompastor make winning start with Chelsea?
As the new Women's Super League season gets under way, who is the Opta supercomputer backing for matchday one success?
Head century helps Australia thrash England in first ODI
Travis Head helped Australia make a winning start to their five-match ODI series against England, with a superb knock of 154.
Red Star Belgrade 1-2 Benfica: Turkish delight for visitors as Akturkoglu and Kokcu earn win
Benfica opened their Champions League campaign with a 2-1 victory at Red Star Belgrade on Thursday, with two Turkey stars on the scoresheet.
Federer hopes Nadal continues his career into 2025
Federer wants Nadal to continue
Feyenoord 0-4 Bayer Leverkusen: Werkself earn crushing Champions League win
Xabi Alonso's Bayer Leverkusen made a flying start to their Champions League campaign, trouncing Feyenoord 4-0 on the road.
Premier League return 'will have to wait' for Gyokores, says former Portugal defender Andrade
Viktor Gyokores' impressive goalscoring feats have generated widespread interest, but Jorge Andrade believes he should stay at Sporting CP.
Bompastor wary of Villa threat as first WSL match approaches
Sonia Bompastor is looking forward to her first competitive match in charge of Chelsea, as the reigning champions face Aston Villa.